Resepi penuh di blog : https://buatoranglapo.com
Resepi Mee Kari Simple : https://buatoranglapo.com/2016/06/08/...
Assalamualaikum..
Puasa kedua hari ni saya nak berbuka dengan mee kari. Dah lama pun tak makan mee kari. Mee kari yang saya nak buat hari ni sangat senang dan cepat disediakan sebab tak menggunakan banyak bahan. Sesuai la untuk sesiapa yang balik kerja lewat tapi nak sediakan juadah berbuka yang best. Hehe.. Ok sesiapa nak buat mee kari @ bihun kari boleh la cuba resepi yang simple ni.
Bahan-bahan:
Mee/bihun secukupnya (celur)
1 mangkuk kecil ayam (potong kecil)
1 biji bawang merah besar (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 sudu besar serbuk kari (bancuh dengan sedikit air menjadi pes)
4 cawan santan
Air (jika perlu)
Garam secukupnya
Bahan perasa secukupnya
Sedikit tauhu kering/basah (potong kecil)
2 batang fish cake (hiris nipis)
Bahan hiasan:
Taugeh (celur)
Sawi (celur)
Telur rebus (potong 2@4)
Cili besar merah (hiris)
Bawang goreng
Cara-cara:
Panaskan minyak di dalam kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar.
Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan pes serbuk kari. Tambahkan garam. Kacau sehingga garing.
Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam sedikit masak.
Masukkan santan pekat dan santan cair. Tambah air jika perlu. Kacau kuah dan tunggu sehingga mendidih.
Masukkan tauhu dan fish cake. Tambah bahan perasa jika suka. Kacau sebentar dan tutup api.
Cara hidangan:
Letakkan mee/bihun yang telah di celur ke dalam mangkuk. Masukkan kuah. Tambahkan sawi dan taugeh. Tabur cili dan bawang goreng jika suka.
Tips:
Masukkan garam semasa menumis pes kari supaya warna kuah akan nampak cantik.
Taugeh yang telah dicelur perlu direndam segera di dalam air sejuk untuk mengekalkan kerangupan taugeh.
Selamat memasak ye kengkawan 😋😋
Subscribe channel kami / @buatoranglapo #buatoranglapo
Subscribe 2nd Channel Buat Orang lapo - / @nazatulazman
Join this channel to get access to perks:
/ @buatoranglapo
Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee https://shp.ee/avd2zab
Watch video MEE KARI Simple Yang Mudah Untuk Dibuat | Simple CURRY NOODLE online without registration, duration hours minute second in high quality. This video was added by user Buat Orang Lapo 08 June 2016, don't forget to share it with your friends and acquaintances, it has been viewed on our site 293,829 once and liked it 2.4 thousand people.